perutusangb.gif

 

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamalaikum w.b.t dan salam sejahtera.

gb1.jpg

Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi dan terima kasih atas kesempatan yang berikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruang ini. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat menyiapkan Laman Web Sekolah Kebangsaan Jelor, Pasir Puteh, Kelantan yang memaparkan dokumentasi sejarah dan perkembangan pendidikan di sekolah ini bagi tatapan dan panduan kepada orang yang melayarinya.

Dalam menuju era dunia alaf baru berlandaskan kepada globalisasi dunia hari ini, guru-guru terhadapan dengan tugas yang semakin mencabar. Perkembangan pendidikan yang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) memerlukan anjakan pradigma dikalangan guru-guru. IT boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan pelbagai maklumat terutama menghebah tentang kecemerlangan dan kejayaan sesebuah institusi pendidikan di pentas dunia melalui sistem penyebaran media elektronik khususnya komputer. Ini bertetapan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru-guru bermaklumat yang berupaya menghadapi suasan pendidikan pada abad akan datang.

Dengan kewujudan Laman Web sekolah ini, para guru dapatlah berinteraksi untuk berkongsi maklumat demi meningkatkan mutu pendidikan dan menglobalisasikan ilmu,pengetahuan dan maklumat terkini.

Akhir kata, saya berharap agar Laman Web Sekolah Kebangsaan Jelor ini akan dapat mencipta nama sebagai sekolah yang unggul. Pastikan tiada hasil kecuali berkesan, cemerlang dan gemilang

Sekian, terima kasih,

EN.HAMZAH B. ABD.GHANI
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jelor,Pasir Puteh, Kelantan